Saturday 25 September 2010


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog jionkomputer yang beragama Islam. Kepada yang pulang beraya di kampung, selamat jalan saya ucapkan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Pandulah dengan berhemah dan ingat orang yang tersayang. Dikesempatan ini juga, saya ingin menghulurkan sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata dan terkasar bahasa.

Ada ketikanya…
Mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf menafsir,
Dan hati silap menduga,
Mohon maaf atas segalanya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment