Saturday, 25 September 2010

info berita dan artis

(Gambar) Persiapan Sukan Komanwel Delhi Yang Terburuk

Sukan Komanwel 2010 akan berlangsung pada 3 hingga 14 Oktober di Delhi, India. Namun, persiapan yang kelam kabut dari tuan rumah nampak gayanya meresahkan negara-negara yang bertanding. Ada beberapa negara seperti Kanada, Scotland dan New Zealand yang berhasrat untuk menarik diri daripada kejohanan ini atas faktor keselamatan atlet.


Ahmad Durrah di Slot Zehra TV3

Drama Ahmad Durrah terbitan Global Station kini mengisi slot Zehra di TV3 yang ditayangkan setiap Jumaat jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod itu dibarisi oleh Rusdi Ramli, Nabila Huda, Siti Shahrizah (Eja), Nelly, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Hafizudin.

Siti Kelembai di Slot Lagenda TV3

Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Bob Hashim Ismail terbitan MIG Productions dan dibintangi oleh Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof. Siti Kelembai versi moden sebenarnya diolah semula daripada cerita rakyat, Sang Kelembai. Ceritanya berkisar kepada Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.

Drama Habil dan Qabil di Slot Samarinda TV3

Selepas kejayaan drama Nur Kasih, Habil Qabil merupakan karya terbaru oleh pasangan suami isteri, Kabir Bhatia dan Mira Mustapha. Drama bersiri 25 episod ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Zed Zaidi, Siti Saleha, Abby Abadi, Rashidi Ishak, Zila Bakarin, Azhan Rani, Abby Nazri dan Geofrey Perrin Williams.

(Gambar) Anak Bunga Citra Lestari

Bunga Citra Lestari selamat melahirkan bayi lelaki di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta semalam, 22 September 2010 pada jam 3 petang waktu Malaysia. Isteri kepada Ashraf Sinclair itu bersalin melalui proses pembedahan. Pasangan tersebut telah berkahwin pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.

Aidilfitri di Bumi Adelaide

Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih baik di negeri sendiri. Benarlah kata pepatah itu, seronok macam mana pun Australia ni, saya masih rindu kemeriahan Aidilfitri di Malaysia. Suasana hari raya di Australia sememangnya berbeza dengan Malaysia. Pada malam raya, tiada kedengaran bunyi mercun dan suara kanak-kanak bermain bunga api seperti di Malaysia. Iyalah, berjiran pun dengan mat salih kan, memang takkan ada la suasana macam tu. Jadi, pada malam raya pelajar-pelajar Malaysia di sini mengambil kesempatan berkumpul di mana-mana rumah untuk bertakbir raya bersama-sama.

No comments:

Post a Comment